PENDAHULUAN
Isu-isu kontemporari dalam hubungan sesama manusia melibatkan beberapa elemen penting seperti hiburan melampau, etika kewartawanan, kesantunan bahasa dan unsur-unsur khurafat. Isu-isu yang berikut bermula daripada Peringkat Pergaulan:
Peringkat berkenalan: Berkenalan atau taaruf membantu kita saling kenal mengenali dalam memulakan hubungan. Melalui cara ini, kita dapat membezakan sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang.
Peringkat memahami: Peringkat memahami atau tafahum. Peringkat ini akan membawa kita memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubungan dengan kita. Apabila kita memahami latar belakang akhlak dan sifatnya, maka mudah bagi kita untuk menentukan siapa teman yang harus kita bergaul dan siapa pula yang harus dijauhi. Jika kita bergaul dengan mereka yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias kebaikan yang ada pada dirinya. Begitulah sebaliknya, jika kita bergaul dengan mereka yang jahat, tempias kejahatan mereka akan mempengaruhi diri kita.
Peringkat tolong-menolong: Peringkat tolong-menolong atau taawun. Peringkat ini terhasil apabila kita telah menerima pergaulan yang terjalin sehingga menjadi akrab. Namun apa yang peting, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesama manusia mestilah bertepatan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Aurat Lelaki/Wanita dan pakaian Lelaki/Wanita

- Aurat lelaki
- Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu ditutup dengan sempurna.
- Aurat wanita
- Ulama muslimin berpendapat aurat bagi wanita adalah keseluruhan badan wanita selain muka dan dua tapak tangannya (Maududi, 1995).
- Pakaian lelaki
- Pakaian lelaki hendaklah cukup longgar dan mempunyai ketebalan yang mencukupi sehingga tidak menampakkan apa yang dilindungi. Selain itu, ia tidak menyerupai pakaian wanita, tidak menyerupai pakaian yang jelas dikenali sebagai pakaian orang-orang kafir dan tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan berbangga dan mencari kemasyhuran
- Pakaian wanita
- Pakaian wanita adalah mestilah ditutup semua anggota kecuali yang dibenarkan dan hendaklah longgar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu cukup tebal sehingga tidak menampakkan warna kulit atau tubuh pemakainya dan pakaian tersebut tidaklah bersifat menarik perhatian dan mengghairahkan kaun lelaki terhadap kecantikan pemakain pakaian tersebut. Tidak menyerupai pakaian lelaki, tidak menyerupai pakaian yang kebiasaannya dipakai oleh orang-orang kafir dan pemakainya bukanlah bertujuan untuk berbangga dan mencari kemasyhuran.

ISI & HURAIAN
Hiburan Melampau
Objektif garis panduan ini adalah untuk:
- Memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti dan industri
hiburan untuk berkarya tanpa melepasi batasan syarak;
- Membantu para penganjur dan pihak penerbit dalam menyusun atur program
yang mengandungi aspek hiburan sejajar dengan didikan Islam dengan
mengambil kira keperluan masyarakat, bangsa, agama dan negara;
- Membantu pihak berkuasa untuk memastikan penganjuran program hiburan
dalam bentuk tontonan terpimpin kepada masyarakat secara umumnya
berteraskan akidah, syariah dan nilai-nilai akhlak; dan
- Memupuk kefahaman di kalangan masyarakat awam mengenai bentuk hiburan
yang dianjurkan dalam Islam.
Persembahan muzik:
- Tidak menimbulkan gerak-geri liar
- Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat
- Tidak melalaikan
Lirik:
- Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
- Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa.
- Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
- Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
Persembahan artis:
- Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
- Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
- Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
- Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam
Persembahan tarian:

- Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
- Tidak berlaku percampuran anatara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
- Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
- Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
Contoh-contoh:
Objektif garis panduan ini adalah untuk:
- Memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan untuk berkarya tanpa melepasi batasan syarak;
- Membantu para penganjur dan pihak penerbit dalam menyusun atur program yang mengandungi aspek hiburan sejajar dengan didikan Islam dengan mengambil kira keperluan masyarakat, bangsa, agama dan negara;
- Membantu pihak berkuasa untuk memastikan penganjuran program hiburan dalam bentuk tontonan terpimpin kepada masyarakat secara umumnya berteraskan akidah, syariah dan nilai-nilai akhlak; dan
- Memupuk kefahaman di kalangan masyarakat awam mengenai bentuk hiburan yang dianjurkan dalam Islam.
Persembahan muzik:
- Tidak menimbulkan gerak-geri liar
- Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat
- Tidak melalaikan
Lirik:
- Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
- Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa.
- Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
- Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
Persembahan artis:
- Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
- Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
- Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
- Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam
Persembahan tarian:
- Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
- Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
- Tidak berlaku percampuran anatara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
- Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
- Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
Contoh-contoh:
Etika Kewartawanan
Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam:-
- Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.
- Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita dan rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.
- Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
- Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
.

Kesantunan Bahasa
Mengapakan kesantunan berbahasa amat dituntut kepada mereka yang berbicara? Menurut Asmah (2005), bentuk dan tutur bahasa yang santun akan mewujudkan ikatan perhubungan sosial antara manusia serta boleh menimbulkan proses komunikasi yang berkesan. Menurut Awang Sariyan (2009), bahasa berfungsi sebagai alat yang berperanan dalam pembinaan insan dan pembangunan masyarakat. Santun berbahasa merujuk kepada penggunaan ciri-ciri bahasa yang baik, beradab, mempunyai nilai penghormatan serta mencerminkan keperibadian mulia. Kesantunan bahasa juga menyentuh tentang penggunaan bahasa yang tidak menimbulkan kegusaran, serta tidak menyinggung perasaan pendengar. Teknik kesantunan berbahasa:

Keratan akhbar Berita Harian
- Teknik Doa: Memulakan komunikasi dengan ucapan bismillah atau al-fatihah
- Teknik bersyukur: Ungkapan-ungkapan yang melambangkan kesyukuran atas rasa berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberikan kebaikan kepada penutur atau kepada keluarga mereka
- Teknik salam: Teknik penutur memulakan dengan salam sebelum berbicara atau berunding boleh dianggap sebagai salah satu cara menyapa atau menegur mesra
- Teknik Insya-Allah: Perkataan Insya-Allah merupakan ungkapan yang bermaksud dengan izin Allah SWT. Menjadi kelaziman bagi mereka yang berkomunikasi akan menggunakan perkataan ini sebagai persetujuan atau sebagai ungkapan janji dalam urusan yang akan datang
- Teknik Tawakkal: Penutur yang menggunakan teknik ini mempamerkan sikap rendah diri kepada Allah SWT yang berkuasa. Sesuatu yang baik atau buruk ditentukan oleh Allah SWT. Teknik tawakkal dalam pertuturan merupakan teknik yang mampu mengurangkan ancaman muka dan rasa kurang senang sama ada dalam kalangan penutur atau pendengar

![]() |
Keratan akhbar Berita Harian |

Unsur-Unsur Khurafat dalam Filem
- Tahyul: tahayul adalah kepercayaan terhadap perkara ghaib, yang kepercayaan itu hanya didasarkan pada kecerdikan akal, bukan didasarkan pada sumber Islam, baik al-Qur’an maupun al-hadis. Secara bahasa, berasal dari kata khayal yang berarti: apa yang tergambar pada seseorang mengenai suatu hal baik dalam keadaan sadar atau sedang bermimpi. Dari istilah takhayul tersebut ada dua hal yang termasuk dalam kategori talhayul, yaitu:
- Kekuatan ingatan yang yang terbentuk berdasarkan gambar indrawi dengan segala jenisnya, (seperti: pandangan, pendengaran, pancaroba, penciuman) setelah hilangnya sesuatu yang dapat diindera tersebut dari panca indra kita.
- Kekuatan ingatan lainnya yang disandarkan pada gambar idrawi, kemudian satu dari unsurnya menjadi sebuah gambar yang baru. Gambar baru tersebut bisa jadi satu hal yang benar-benar terjadi, atau hal yang diluar kebiasaan (kemustahilan). Seperti kisah seribu satu malam, Nyai Roro Kidul dan cerita-cerita khurafat lainnya.
-
Khurafat: Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta ( al Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang di ada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Pegertian khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
- Tahyul: tahayul adalah kepercayaan terhadap perkara ghaib, yang kepercayaan itu hanya didasarkan pada kecerdikan akal, bukan didasarkan pada sumber Islam, baik al-Qur’an maupun al-hadis. Secara bahasa, berasal dari kata khayal yang berarti: apa yang tergambar pada seseorang mengenai suatu hal baik dalam keadaan sadar atau sedang bermimpi. Dari istilah takhayul tersebut ada dua hal yang termasuk dalam kategori talhayul, yaitu:
- Kekuatan ingatan yang yang terbentuk berdasarkan gambar indrawi dengan segala jenisnya, (seperti: pandangan, pendengaran, pancaroba, penciuman) setelah hilangnya sesuatu yang dapat diindera tersebut dari panca indra kita.
- Kekuatan ingatan lainnya yang disandarkan pada gambar idrawi, kemudian satu dari unsurnya menjadi sebuah gambar yang baru. Gambar baru tersebut bisa jadi satu hal yang benar-benar terjadi, atau hal yang diluar kebiasaan (kemustahilan). Seperti kisah seribu satu malam, Nyai Roro Kidul dan cerita-cerita khurafat lainnya.
- Khurafat: Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta ( al Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang di ada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Pegertian khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
Ciri-ciri Khurafat dan Tahyul dalam Bahan Penerbitan
Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri kurafat dan tahyul seperti berikut:
- Tidak berdasarkan pada nas-nas syarak ( al-Quran atau hadis Nabi s.a.w)
- Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut
- Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
- Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya
- Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah
- Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.

Hukum Beramal dengan Perkara Khurafat dan Tahyul
Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM, hukuman yang ditetapkan ke atas pelaku yang percaya kepada amalan kurafat dan tahyul ialah syirik.
Dalam Islam, percaya kepada benda-benda kurafat dan tahyul misalnya benda-benda keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya serta yakin ia mempunyai kuasa selain Allah SWT ialah syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah SWT.
BENTUK-BENTUK PENERBITAN YANG DILARANG

- Semua bentuk penerbitan yang memapar dan mempromosikan kepercayaan kepada benda-benda keramat dan sifat luar biasa sesuatu objek-objek tertent
- Mengenai kepercayaan kepada objek seperti cincin batu akek, keris lama dan tombak yang dianggap boleh memberi manfaat dan pertolongan
- Semua penerbitan yang memaparkan keyakinan bahawa makhluk jin itu mempunyai kuasa mutlak tanpa qudrat dan iradat daripada Allah SWT.
- Memaparkan kisah perbomohan yang pasti boleh sembuh kerana pertolongan jin. Kisah serumpamaan ini boleh menujukkan bahawa golongan akhlak ghaib lebih berkuasa untuk menolong dari Allah
- Semua penerbitan yang menggambarkan perkara ghaib secara terperinci, sedangkan ia tidak terdapat dalam Al-Quran atau Al-Hadith.

SENARAI FILEM YANG BERUNSURKAN KHURAFAT
- Zombi Kampung Pisang
- Pontianak Harum Sundal Malam
- Congkak
- Histeria
- Rasukan Ablasa
- Jangan Pandang Belakang
- Sayaitan
- Akhirat
KESIMPULAN
Dalam konteks Malaysia,integrasi budaya amat dititikberatkan supaya rakyat dapat hidup dengan selesa dan saling menghormati antara satu sama lain. Namun, pelbagai isu seperti perkauman, penyebaran fitnah, hiburan melampau, etika kewartawanan, kesantunan bahasa, dan unsur-unsur khurafat perlu ditangani dengan baik supaya tidak wujud perpecahan dalam masyarakat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan